Friday, September 3, 2010

Pau ~ simple..

Pau Simple

Pau mmg sedap tapi nak buatnya agak renyah. Kat Malaysia selalu beli ja kalau nak makan. Bila tengok2 resepi banyak yg guna tepung khas untuk buat Pau. Mmg tak dapat nak cari kat sini. Nasib ada jumpa juga Resepi Pau yg gunakan tepung biasa dan resepi yg simple. Kebetulan dah ada Breadmaker, so bab2 menguli ni serah kat Breadmaker yg buat.

Bahan-bahan

300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
160g air suam
6g yis
30g gula
18g majerin


Cara-cara

Masukkan tepung, baking powder dan garam. Gaul rata
Campurkan air, yis dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
Masukkan bahan-bahan tadi dan majerin ke dalam breadmaker, set untuk buat dough dan start.
Selepas siap dough, tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ikut kegemaran masing2 ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
Bila dah siap isi inti, rehatkan dalam 5 minit. Bila dah naik, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.