Friday, September 3, 2010

Pau ~ simple..

Pau Simple

Pau mmg sedap tapi nak buatnya agak renyah. Kat Malaysia selalu beli ja kalau nak makan. Bila tengok2 resepi banyak yg guna tepung khas untuk buat Pau. Mmg tak dapat nak cari kat sini. Nasib ada jumpa juga Resepi Pau yg gunakan tepung biasa dan resepi yg simple. Kebetulan dah ada Breadmaker, so bab2 menguli ni serah kat Breadmaker yg buat.

Bahan-bahan

300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
160g air suam
6g yis
30g gula
18g majerin


Cara-cara

Masukkan tepung, baking powder dan garam. Gaul rata
Campurkan air, yis dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
Masukkan bahan-bahan tadi dan majerin ke dalam breadmaker, set untuk buat dough dan start.
Selepas siap dough, tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ikut kegemaran masing2 ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
Bila dah siap isi inti, rehatkan dalam 5 minit. Bila dah naik, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.

Tuesday, July 27, 2010

HoneyComb Cake / Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus / Honeycomb Cake
Teringat Kek Gula hangus ni yang selalu mak aku buat dulu. Kat sini bila teringin nak makan kena cuba sendiri. Resepi yg ni dah cuba n menjadi walaupun tak berapa cantik.

Bahan-bahan

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega

Cara-cara

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan mentega. Sejukkan dan ketepikan.
Pukul telur hingga kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau hingga sebati.
Masukkan pula tepung dan soda bikarbonat. Gaul hingga sebati.
Masukkan air gula yang telah disejukkan.
Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam.


Sejukkan sebelum dipotong.

Rendang Ayam/Daging

Rendang Ayam/ Daging

Rendang Ayam / Daging mmg sedap especially dapat makan dengan ketupat. Sebelum ni dah cuma resepi menggunakan rempah kari tapi mcm tak berapa sedap. Resepi kat bawah ni aku jumpa dalam internet dah cuba alhamdulillah menjadi dan sedap.

Bahan-bahan

1 ekor ayam atau 1 kilo daging-potong2
30gm cili kering-kisar
5 helai daun limau purut
1 kotak santan KARA 200ml
10 biji buah keras-kisar halus
20gm kerisik
garam dan gula secukupnya

Bahan tumis -dikisar

1 labu bawang besar / 10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih

1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 sudu teh kunyit serbuk / 1/2 inci kunyit hidup

Cara-cara

Tumis bahan tumis bersama cili kering hingga kekuningan.
Masukkan santan, buah keras, daun limau purut serta ayam/daging.
Masukkan garam dan gula.

Bila agak pekat, masukkan kerisik. masak hingga agak kering.

Tuesday, March 23, 2010

Daging Masak Hitam Nasi Kandar

Daging Masak Hitam Nasi Kandar





Bahan-bahan
1 kg daging
20 biji cili kering atau ikut kepedasan yg anda suka.
1 sudu serbuk jintan putih
1 inci halia
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 batang serai
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
1/4 cawan sup tomato
1/4 cawan kicap manis
1/2 cawan minyak masak
3 biji tomato dibelah
asam jawa, garam
Bahan rempah tumis ; kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
daun pudina


Cara-cara
Daging dipotong
Bawang kecil, bawang putih & halia di kisar
Bawang besar dikisar berasingan
Cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak.

Gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih
Sedikit bawang besar untuk menumis
Panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah tumis, serai dan daun pandan
Masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
Apabila separuh masak masukan tomato buah, sup tomato dan daun kari
Kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
Apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina

Monday, March 22, 2010

Yong Tau Foo

Sekarang dah penghujung bulan Mac, musim kat sini pon dah bertukar, dah masuk Autumn a.k.a Musim Luruh pun. Cuaca mula sejuk balik. Baru-baru ni bila ke Saturday Market kat sini teringat nak cari Sayur Kangkung. Bukannya apa, Sayur Kangkung ni antara sayur-sayur yang Limited Edition sikit kat sini sebab biasanya ada cuma waktu Summer a.k.a Musim Panas. Kat Malaysia selalu ada dan merata-rata boleh dapat. So masa Summer la kami-kami kat sini nak makan Sayur Kangkung..Kangkung Goreng Belacan, Sotong Kangkung, Nasi Goreng Kampung, Yong Tau Foo. Hari ni rasa nak makan Yong Tau Foo. Kebetulan masa ke Wellington weekend baru-baru ni ada beli Kue Teaw Gulung tu kat Asian Market.




Resepi ni dapat masa browse dlm internet and memang sedap rasa macam kat Pasar Malam. Sebelum ni pernah cuba resepi yang sempoi2 campur2 sos apa yang ada tapi bila dah cuba resepi yang ni, rasanya the best Sos Yong Tau Foo yang aku pernah cuba buat.



Bahan-bahan

SOS HITAM:
560ml air
1 kiub stok ikan bilis
1 sb kicap pekat
2 sb sos kacang hitam
1 sb sos hoisin
2 sb gula
1/8 sk serbuk five spice
garam secukupnya
3 sb air, dicampur 1½ sb tepung jagung (atau ikut kepekatan tersendiri)
SOS CILI:
8 biji cili merah, dibuang biji
2 sk bijan digoreng
100ml cuka
2 sb sos plum
3 sb gula
garam secukupnya

Cara-cara

SOS HITAM YONG TAU FOO:
Jerang air, stok bilis, kicap pekat, sos kacang hitam, sos hoisin, gula pasir dan serbuk rempah lima di atas api perlahan. Kacau hingga mendidih, masukkan campuran tepung masak. Kacau tanpa henti selama 2-3 minit lagi atau hingga pekat.
SOS CILI YONG TAU FU:
Kisar cili dan bijan hingga halus. Jerang cuka di atas api perlahan. Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain, ketepikan dari api, biar sejuk


Thursday, February 18, 2010

Tepung Talam

Semalam masa browsing FB kawan2 ternampak gambar Kuih Tepung Talam yang di upload dalam FB. Kuih tradisional ni..nampak sedap. Mula tu ingat nak mintak wife aku buatkan bila2 nanti. Tapi bila fikir2 balik..kesian la pulak sebab tgk bz dgn study dia sekarang ni. Terasa nak cuba buat. Start mencari2 resepi yang senang ( kadang2 byk version resepi2 ni..). Bila dah jumpa resepi, jenguk2 kat dapur ada tak bahan2 yang aku perlukan utk buat Tepung Talam ni. Nasib ada tapi hasilnya sungguh tak elok..hahahaha. First time buat tak dapat nak agak..fizikalnya nampak tak berapa cantik..rasa tu dah ada. Kira okay la. Thanks for the resepi..betul n menjadi.



Bahan-bahan

Lapisan Bawah Hijau*

2 1/4 Cawan Tepung Beras

1/3 Cawan Tepung Gandum

1 1/2 Cawan Gula

5 1/2 Cawan Air Pandan ( Air + Pes Pandan)

1 1/2 Tbs Air Kapur

Lapisan Atas Putih**

1/3 Cawan Tepung Beras

3 Cawan Santan

4 Tbs Tepung Jagung

1 Tsp Garam

Cara-Cara

Campurkan semua bahan *. Kacau hingga tak bergentel. Masak sekejap dgn api sederhana, kacau. Cukup sampai naik wap dan gula hancur
Isikan dalam acuan yg di sapu minyak. Kukus hingga masak . (15-20min) bergantung kepada size bekas.
Campur semua bahan **. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.
tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, utk menghasilkan permukaan yg cantik & rata.
Biar betul2 sejuk baru potong

Friday, February 12, 2010

Sup Ikan Merah - Red Snapper

Antara masakan kegemaran aku masa kecik-kecik dulu. Dulu selalu jugak makan bila Mak aku masakkan tapi memang dah lama sangat sampai la aku cuba resepi Sup Ikan Merah ni bila aku beli Red Snapper di Sunday Market baru-baru ni. Selalunya bila beli Red Snapper ni aku masak Kari atau Sweet Sour tapi rasa teringin nak makan Sup pulak kali ni. So jadi la SUP RED SNAPPER. Aku dan wife layan makan Sup ni tapi anak aku jer yang macam kureng sikit dgn Menu Sup Ikan ni....x boleh masak selalu-selalu sgt la nampaknya

Bahan-bahan

1 ekor Ikan Merah ( kat sini aku guna Red Snapper)
*1 ulas bawang, 1 ulas bawang putih dan sedikit halia dihiris
*I btg kayu manis, 2 bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Serbuk lada putih
Tomato dipotong 4
Lobak merah di potong-potong
1 btg serai di tumbuk
Air dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Tumis bahan * hingga naik bau
Masukkan air serta garam
Bila mendidih masukkan serai dan serbuk lada
Masukkan Ikan dan Lobak merah
Bila ikan masak masukkan tomato..biarkan sekejap.

Sedia untuk dimakan..lebih sedap ketika panas-panas